Russia Yang Pelik

Sedang orang bergolak dibom, Aleppo berkecai, Syrians bertebaran berlari menyelamatkan diri, kanak-kanak dan dewasa mati berkecai.

Lunyai. Dan aku ingatkan sekali lagi – SEDANG dalam PEPERANGAN.

PEPERANGAN BELUM SELESAI, SEDANG BERLAKU.

Dan Russia yang pelik,
bawa orkestra main konsert di runtuhan Palmyra.

Tidak cukup, UNESCO pun datang hendak menyelamatkan Palmyra.
Palmyra adalah tempat bersejarah yang ada nilai katanya.
Tempat… tempat ya tuan-tuan.

Dalam orang sedang bertarung nyawa antara hidup atau mati,
Russia yang pelik dan syaitan-syaitan manusia sedang berilusi.

Allahim ya Rabbim,
Jangan kau timpakan kami bahana dengan kezaliman yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia kejam seperti ini. Kami berlindung denganmu ya Allah, dan tiada daya kami untuk menghentikan semua ini melainkan memohon Engkau menyelamatkan kami, dan menghancurkan kekejaman ini.

-Ayza G.

http://www.bbc.com/news/world-middle-east-36211449